Saturday, July 27, 2013

Salam Ramadhan :')


Assalamualaikum baby blog :) Hmm, rasanya memang dah lama fara ni tak update blog. Macam biasalah, tiap kali start nak tulis blog, mesti start dengan ayat 'dah lama tak update blog'. Haha. Berhabuk dah blog ni, fuhh fuhh ! Haachumm ! Hah bersin terus sebab habuk banyak sangat. Kikiki ;) Okay lahh, apa apa pun fara nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam :) Hope belum terlambat lagi nak ucap Salam Ramadhan tuu. Hihii. Yelaa, harini je kira lagi 11 hari nak sambut Hari Raya. Cepat betul masa berlalu. Kata orang pejam celik pejam celik haa dahh nak raya kan.

       Okay, so far bulan puasa tahun ni Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Fara bersyukur sangat sebab masih dapat teruskan hari hari seperti biasa walaupun dugaan sentiasa datang. Takpelah, Allah bagi dugaan dekat fara sebab Dia tahu fara boleh hadapinya sendiri. Allah takkan duga manusia dengan sesuatu yang diluar kemampuan mereka right? Fara harap, dugaan ni sedikit sebanyak dapat beri fara pengajaran dan peringatan, insyAllah :') 
   
      Sebenarnya banyak benda yang berlaku masa bulan Ramadhan ni.. Banyak benda yang fara nampak, yang dapat menyedarkan diri fara bahawa ramai lagi yang lebih berat dugaan yang Allah beri pada mereka. Okay, sebenarnya sekarang ni dah pun pukul 3 pagi, fara tak boleh nak tidur. Tapi kepala dah pening. Kejap lagi nak bangun sahur dah. Tapi memang susah nak tidur. So, fara ada benda nak cerita tentang apa yang berlaku dalam bulan Ramadhan ni..
  
      Seperti yang korang semua tak tahu, fara dah pun start sem 3. Result Alhamdulilah, fara bersyukur je dengan apa yang fara dapat sebab fara tau banyak tu je fara belajar. So, lepasni kena usaha lagi. Doakan fara berjaya dunia akhirat ye :)
  
     Sejak belakangan ni, kat college fara memang selalu sorang. Start dari last Sem 2 fara sorang sorang je. Bukan apa, fara sedar tiap kali fara berkawan rapat dengan sesiapa kat college, mesti ada je masalah macam gaduh atau apa apa. Sedangkan fara takda buat apa apa langsung. Mesti ada benda macam dengki antara satu sama lain. So, fara decide untuk sorang atau hanya bertegur seperti biasa. Benda dah lepas tak elok nak ungkit lagi bukan? :)
    
      So, nak dijadikan cerita.. Ada satu hari ni, fara duduk sorang dekat library and okay masatu dah masuk waktu Zuhur. So, fara pun pergi surau college untuk solat. Lepas je tahiyat akhir and salam.. fara pun tadah tangan nak doa.. Dalam surau college tu, dia macam ada partition untuk ruang solat lelaki and perempuan tau. Tapi just guna besi kain yang lipat lipat tuu, taktau lah panggil apa tapi benda tu selalu ada kat surau atau masjid. Korang tau lah mana satu kann. Then, kat benda tu dia macam ada ruang ruang kecil so kita macam boleh nampak ruang solat lelaki tu sikit. And fara terdengar macam ada orang tengah belajar mengaji al-Quran. Fara macam kenal suara dia. Fara pun termenung lepas doa tu kejap. Fara macam cuba dengar je. Okay, fara dah tau. Diorang budak class fara sendiri.
      
       D (bukan nama sebenar) and F (bukan nama sebenar). Okay, masatu fara dengar D tu ajar F mengaji. Fara tahu yang F tu memang tak reti mengaji. Sebab masa sem 1, ada hafazan dia tak reti nak baca sangat. Fara jadi macam sebak bila tengok seseorang yang dah besar, tapi masih merangkak nak mengaji al-Quran. So, F ni dalam class boleh tahan nakal juga. Biasalah, suka main main. Masa dalam surau tuu, bila fara dengar dia belajar mengaji and merangkak rangkak nak sebut ayat suci al-Quran tu, tiba tiba airmata fara ni mengalir. Fara jadi sebak sangat. Fara baru sedar yang fara dah lama tak mengaji al-Quran. Ya Allah, almost 3 months tak sentuh al-Quran langsung. Fara jadi rindu dengan ayat ayat al-Quran. Fara rasa macam terlalu sedih. Kenapa benda benda yang mudah macam mengaji al-Quran tu fara boleh tinggalkan lama. Okay, salah fara sebab terlalu leka sangat. Lepas solat sepatutmya selalu fara akan mengaji. Agaknya amal ibadat fara pun kurang, tu yang dugaan banyak je datang. Solat 5 waktu and mengaji al-Quran would be perfect. 

        Selepas kejadian tu, fara rasa terpanggil untuk mengaji al-Quran lepas solat. Atleast sekali sehari. Alhamdulillah, masih cuba untuk sentiasa teruskan baca al-Quran :') Sesibuk sibuk mana pun manusia, pasti kena ada waktu untuk diluangkan dengan Allah s.w.t right? Mengingati Nya selalu adalah yang terbaik. Fara tahu fara ni manusia biasa yang banyak kekurangan and terlalu lemah. Banyak lagi yang harus fara belajar dalam memperbaiki diri fara ni. Fara ni takda lah sempurna sangat, tapi masih ada lagi orang yang nak menerima fara ni. Alhamdulillah Allah tu maha adil. Sebab dalam memberi dugaan, Allah tak tarik kebahagiaan yang fara ada. Fara bersyukur sangat sebab fara ada seseorang yang sangat memahami fara, sentiasa ada di sisi fara. Support fara. Terlalu sayangkan fara. Selalu buat fara happy, syukur ya Allah :') Fara harap hubungan kami berkekalan and Allah sentiasa panjangkan jodoh antara kami berdua, Amin ya rabbal alamin :') 

         Dalam bulan Ramadhan ni, sebenarnya banyak lagi cerita tapi nanti korang tak larat pula nak baca kann. Hee :) Tapi apa yang pasti, fara banyak tersedar bila fara rasa yang fara ni susah, tak cukup itu ini, fara nampak ada orang yang lebih susah dari fara. Ada orang yang langsung nak makan pun susah. Kalau fara rasa fara sakit, fara nampak ada orang yang lebih sakit dari fara tapi dia masih kuat untuk tempuh hidup dia. *okay aku nangis :'( Hmm, tengah draft blog ni pun boleh sentap kejap, yelaa bila memikirkan diri aku ni, aku banyak sangat salah silap yang aku sendiri tak sedar. Yela, manusia kalau buat silap, mana nak sedar. Mesti ada orang tegur baru nak sedar. Aku bersyukur masih ada orang sekeliling yang sudi menegur silap aku. Takpelah, tiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku akan sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Hmm, sampai sini je entry kali ni. Kalau tak nanti aku nangis banjir rumah ni nanti. Hihii. 

Thank you, wassalam :')
      

        

No comments:

Post a Comment